Kerajaan akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat menerusi Belanjawan 2023.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, itu merupakan penekanan yang diberikan jawatankuasa dasar fiskal yang bersidang hari ini.